suria

Dah cuba macam-macam teknik halau lipas, tapi cara ke-5 ini paling berkesan!

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi menghalang pembiakan lipas di dalam rumah anda.

DALAM banyak-banyak serangga, ramai yang takut dan berasa jijik dengan lipas meskipun ia makhluk berbadan kecil.

Tetapi ia tetap digeruni apatah lagi jika ia menyelinap dan terbang di atas kepala - memang boleh membuatkan sesiapa sahaja panik dan terjerit-jerit meminta tolong.

Bagaimanapun, jangan bimbang ada cara menghalau atau menghalang pembiakan lipas di dalam rumah anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 5 cara halau tikus, guna daun pudina antara paling berkesan.

Jika rumah anda mempunyai masalah lipas yang berkeliaran, anda boleh mencuba lima cara mudah ini;

1. Air sabun

Salah satu cara mudah untuk menghalau lipas adalah dengan menyembur air sabun ke kawasan yang sering didatangi lipas.

Ia bukan sahaja mudah tetapi ia juga kaedah selamat menggantikan bahan kimia bersifat racun yang boleh membunuhnya.

Pastikan air sabun itu digoncang dengan baik dan sembur menghala ke kepala dan perutnya.

2. Botol

Anda boleh menggunakan botol untuk membuat perangkap dan cara ini mudah lagi berkesan.

Hanya perlu memotong bahagian atas botol sebelum memasukkan makanan seperti manisan sebagai perangkap lipas.

3. Gam selotip

Ini juga merupakan cara mudah untuk menghalang pembiakan lipas di rumah anda. Anda hanya perlu menggunakan selotip sebagai perangkap.

Letakkan selotip pada permukaan lantai, atau celah-celah yang menjadi laluanya dan sekiranya ia lalu, lipas akan melekat pada selotip.

4. Bersih kawasan tersembunyi

Lipas sangat gemar kepada kawasan sunyi dan tersembunyi. Kebiasaannya sarang lipas juga akan wujud di bahagian stor atau tempat simpan barang.

Untuk mencegahnya, anda perlu menjaga kebersihan tempat tersebut secara berkala selain meletakkan perangkap dan racun lipas.

5. Menjaga kebersihan rumah

Paling utama adalah menjaga kebersihan rumah agar lipas atau serangga lain tidak menjadikan rumah anda sebagai sarang pembiakan.

Pastikan rumah berada dalam keadaan bersih kerana lipas akan datang 'menyerang' tempat tersembunyi dan kotor serta mempunyai makanan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Chelsea pecat pengurus Frank Lampard