suria

Asyik dok layan snek Mamee Monster jangan buang paket dalamnya... Simpan, tampal dan kongsi RM24,000 serta dapatkan konsol game popular! Sertai segera!

Peraduan Cari, Kumpul dan Menang bermula pada 4 Januari sehingga 28 Mac 2021.

SEBUT sahaja Mamee Monster, bunyi kerangupan snek kegemaran ramai itu pastinya terniang-ngiang di fikiran.

Bukan sahaja rasanya cukup enak, malah ia juga sentiasa menjadi pilihan seisi keluarga.

Sebagai pembuka tirai tahun 2021, penggemar snek popular itu berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik tajaan Mamee Monster.

Hadiah utama menawarkan alat permainan eletronik berjenama yang bakal dimenangi oleh lima pemenang

Selain itu, turut ditawarkan hadiah mingguan wang tunai keseluruhannya sebanyak RM24,000 iaitu habuan RM200 untuk 120 individu yang mana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu.

Snek Mamee Monster menjadi pilihan ramai sejak dulu hingga kini.

Jadi, tentu sekali ramai yang mahu tahu bagaimana untuk menyertainya bukan? Mudah sahaja.

Langkah pertama, beli Mamee Monster Snek Mi 25g.

Langkah kedua, cari paket atau sachet berwarna emas yang disembunyikan secara rawak atau kumpul 10 sachet berwarna biru daripada pek Mamee Monster 25g.

Langkah ketiga, tampal sachet emas atau sachet biru pada borang peraduan dan sila jawab soalan: “Adakah Mamee Monster berwarna biru?”

Hadiah menarik seperti wang tunai dan konsol permainan berjenama menanti anda menerusi peraduan Cari, Kumpul dan Menang.

Langkah keempat pula, hantarkan borang peraduan ke alamat PO Box 11, Pejabat Pos Jalan Klang Lama, 58700, Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang tertanya-tanya, borang itu boleh didapati menerusi pautan https://mameemonster.my/MNS-40c-Sachet-Contest-Form.pdf

Untuk maklumat lebih lanjut, anda juga boleh melayari laman web https://mameemonster.my/#steps

Jangan lupa, layari media sosial https://www.facebook.com/mymameemonster dan https://www.instagram.com/iammameemonster/ .

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain