KEMATIAN penyerang Liverpool, Diogo Jota dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol bukan mengejutkan dunia, khususnya peminat bola sepak.
Diogo atau nama penuhnya Diogo José Teixeira da Silva merupakan antara penyerang paling 'berbisa' dalam Liga Perdana Inggeris dan pemain penting untuk skuad kebangsaan Portugal.
Berikut 10 fakta menarik dan menyentuh hati mengenai perjalanan hidup serta karier Diogo yang meninggal dunia pada usia 29 tahun ini:
1. Meninggal hanya 11 hari selepas berkahwin
Tragedi ini berlaku pada Khamis, selepas Diogo dan cinta hatinya, Rute Cardoso, berkahwin dalam satu majlis tertutup di Portugal pada 22 Jun lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga selepas bercinta dari zaman remaja.
2. Pasangan sejak zaman remaja
Diogo dan Rute Cardoso mula berkenalan ketika remaja dan kekal bersama lebih 13 tahun sebelum melangsungkan perkahwinan.
Rute sering hadir ke stadium memberi sokongan dan menjadi kekuatan utama Diogo dalam mengembangkan kariernya.
3. Turut kehilangan adik kandung
Dalam kemalangan tragik itu, adiknya, Andre Silva yang berusia 26 tahun turut terkorban.
Andre merupakan pemain bola sepak profesional yang bermain untuk kelab Penafiel dalam liga divisyen dua Portugal.
4. Bapa kepada tiga cahaya mata
Diogo meninggalkan seorang balu, Rute bersama tiga anak kecil.
Dua anak lelaki bernama Dinis, lima tahun dan Duarte berumur tiga tahun, serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 2024.
Namun nama anak perempuan ini masih belum dikongsikan kepada umum.
Diogo memilik tiga cahaya mata dan tiga anjing peliharaan.
5. Seorang bapa penyayang dan pencinta haiwan
Selain anak-anak, pasangan ini juga memiliki tiga ekor anjing jenis 'beagle' yang sering dimuat naik di media sosial mereka sebagai sebahagian daripada keluarga.
6. Digelar DioGOAL Jota oleh peminat Liverpool
Ketika bersama Liverpool, peminat menamakannya DioGOAL Jota kerana keupayaannya menjaringkan gol pada saat paling kritikal.
Nama itu sinonim dengan gaya permainan Diogo yang pantas dan tajam di depan gol.
7. Karier hebat bersama kelab ternama
Sepanjang kariernya, Diogo pernah bermain untuk beberapa kelab utama seperti:
a). Paços de Ferreira
b) Atletico Madrid
c) FC Porto
d) Wolverhampton Wanderers
e) Liverpool FC
Paling menyerlah ketika bersama Wolverhampton, yang mana dia berjaya menjaringkan 44 gol dan 19 bantuan jaringan dalam 131 perlawanan sebelum berpindah ke Liverpool dengan nilai £41 juta (RM236 juta).
8. Cemerlang di Liverpool
Di Liverpool, Diogo tampil dalam 182 perlawanan, menjaringkan 65 gol dan mencipta 26 bantuan jaringan serta memenangi pelbagai trofi:
a) Juara Liga Perdana Inggeris
b) Piala FA
c) Dua kali Piala Liga
Momen kejayaan yang dikongsikan di Instagram Diogo.
9. Bintang pasukan kebangsaan Portugal
Diogo mewakili Portugal sebanyak 49 kali, menyumbang 14 gol dan 12 bantuan jaringan.
Bersama skuad kebangsaan, Diogo memenangi UEFA Nations League dua kali pada tahun 2019 dan 2025.
10. Momen terakhir diraikan bersama keluarga
Pada 29 Mei lalu, Diogo sempat meraikan kejayaan Liverpool menjuarai Liga Perdana bersama keluarga tercinta.
Momen itu menjadi kenangan terakhir yang dikongsikan bersama para peminat di media sosial.