suria

Hidangan ikonik dalam pesawat kini 'mendarat' di KLIA2

Catherine (kanan) pada Majlis Perasmian Cawangan Santan di Food District, gateway@KLIA Terminal 2. -Foto Santan

TAK perlu susah-susah lagi naik kapal terbang kerana Nasi Lemak Pak Nasser yang selama ini begitu popular di 'atas awan' dan mempunyai keunikan rasa tersendiri boleh diperolehi di darat.

Makanan istimewa dalam penerbangan lain seperti Nasi Biryani Bukhara, Nasi Ayam Uncle Chin, Kari Hijau Thai, Nasi Padang Rendang Daging, dan banyak lagi kini semuanya boleh diperolehi di kafe Santan.

Terbaharu, Santan membuka cawangannya di Food District, gateway@KLIA Terminal 2, sekali gus menjadikan ia satu-satunya jenama hidangan penerbangan di dunia yang membawakan servisnya ke luar kabin pesawat.

Ketua Pegawai Eksekutif Santan, Catherine Goh berkata selain hidangan dalam penerbangan, Santan kini turut menawarkan produk Ready-to-Eat (RTE) di restoran, kedai serbaneka dan pasar raya.

"Pada tahun 2024, lebih 500,000 unit RTE telah terjual, menunjukkan sambutan hebat terhadap produk Santan di darat.

"Kami teruja alas pelawaan pihak Food District untuk membawa rasa Santan ke gateway@klia2," katanya pada majlis perasmian cawangan baharu Santan di Food District, gateway@KLIA Terminal 2, Sepang, Selangor pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Nomnom Brands Sdn Bhd, Tan Huang Ming.

Sempena pembukaan cawangan ini, pelanggan berpeluang menikmati minuman Santan Latte pada harga RM5 (harga asal RM13) dengan setiap pembelian Nasi Lemak Pak Nasser bernilai RM14 dan tawaran ini adalah terhad.

Santan kini bukan sahaja beroperasi dalam penerbangan, tetapi juga telah berkembang ke pasaran runcit, makanan siap ambil (grab-and-go), katering dan bekerjasama dengan jenama besar.

Ini membolehkan lebih ramai orang menikmati hidangan ikonik Santan.

Pembukaan kedai baharu ini mengukuhkan lagi misi Santan untuk menyediakan makanan yang sedap dan mudah didapati, bila-bila masa — sama ada di udara atau di darat.

Artikel Lain