Tarian tradisional antara persembahan menarik yang disajikan untuk penonton semasa Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia.
PULAU PINANG bakal menjadi tumpuan apabila Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) kembali menemui pengunjung di Gurney Paragon Mall bermula 31 Oktober hingga 2 November ini.Dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Star Media Group, karnival selama tiga hari itu mengetengahkan tema Teroka, Pengalaman, Teruja, yang mengajak rakyat Malaysia meneroka destinasi tempatan, menikmati kepelbagaian rasa serta menghayati keunikan komuniti di seluruh negara. Selepas kejayaan penganjuran di Pahang, Selangor dan Sarawak, edisi Pulau Pinang meneruskan misi karnival ini untuk menggalakkan pelancongan domestik sambil memperkenalkan pelbagai destinasi 'permata tersembunyi' yang menarik di Malaysia.Sinonim dengan budaya, warisan dan gastronomi, Pulau Pinang dilihat sebagai lokasi ideal, iaitu gabungan tradisi dengan kemodenan yang sentiasa 'hidup'.Karnival ini menghimpunkan pemain industri pelancongan, usahawan tempatan, penggiat seni kraf serta jenama kreatif di bawah satu bumbung, sekali gus memberi gambaran menyeluruh tentang kepelbagaian tarikan yang ditawarkan Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Siap sedia teroka dan alami keterujaan Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025 di Kuching... Keunikan budaya, hiburan dan kulinari di bawah satu bumbung!Daripada tarikan budaya dan percutian eko, hinggalah pengalaman inap desa serta penginapan butik, acara ini bertujuan menyemarakkan semula minat rakyat tempatan untuk melancong dalam negara.Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang menikmati pelbagai juadah warisan dari seluruh negeri yang menampilkan cita rasa asli masakan tradisional Malaysia.Daripada resipi klasik hingga hidangan kegemaran setiap wilayah, sajian yang disediakan mencerminkan kisah serta identiti komuniti tempatan.Pencinta makanan pastinya teruja apabila dapat menikmati hidangan autentik sambil mengenali tradisi yang terus dipelihara hingga kini.Selain pelancongan dan makanan, karnival ini turut menonjolkan perkembangan ekonomi kreatif tempatan menerusi pameran hasil kraf tangan, produk artisan serta barangan gaya hidup yang menggabungkan elemen warisan yang diberi sentuhan moden.Ia juga menjadi platform kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memperluaskan pasaran, sekali gus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan dalam ekosistem pelancongan.Acara akan turut dimeriahkan dengan kemunculan barisan selebriti dan pempengaruh terkenal seperti Wani Kayrie, Sarah Suhairi, Santesh Kumar dan Farez Adnan, selain beberapa personaliti tempatan lain.Gabungan persembahan pentas, sesi interaktif dan pameran semestinya menjanjikan pengalaman menyeronokkan untuk semua peringkat umur, sama ada keluarga yang mencari aktiviti hujung minggu mahupun pelancong yang inginkan inspirasi percutian seterusnya.Galak pelancongan tempatanSiri SKCCM terus menjadi antara inisiatif penting dalam mempromosikan pelancongan domestik serta meningkatkan penghargaan terhadap khazanah budaya dan alam semula jadi negara.Dengan mengetengahkan destinasi unik, bakat tempatan dan pengalaman autentik, acara ini menggalakkan rakyat Malaysia meneroka keindahan dan keunikan negara sendiri.Kerjasama berterusan antara Tourism Malaysia dan Star Media Group ini mencerminkan komitmen bersama dalam merancakkan pelancongan tempatan serta penglibatan komuniti.Setiap edisi karnival turut menekankan peranan pelancongan domestik dalam menyokong ekonomi setempat, memelihara warisan budaya serta menyemai rasa bangga terhadap negara.Melalui aktiviti di lokasi dan penceritaan merentas platform Star Media Group, inisiatif ini menjadi platform yang menghubungkan pengunjung dengan pengalaman Malaysia yang lebih bermakna.Sama ada merancang percutian, memburu barangan kraf unik atau sekadar mengisi hujung minggu bersama keluarga dan rakan-rakan, SKCCM Pulau Pinang bakal menjanjikan gabungan menarik penerokaan, makanan dan hiburan di Bawah satu bumbung.Apa yang menarik, masuk adalah percuma! Jom ramai-ramai hadir dan rasai sendiri kemeriahan SKCCM.