suria

Disney World dijangka tutup sehingga 2021

Disneyland World, California dan Paris dijangka terus ditutup sehingga 2021.

TAMAN Tema Disneyland dijangka kekal ditutup sehingga tahun hadapan bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.

Sejak pertengahan Mac lalu, Disney World, Disneyland California dan Disneyland Paris ditutup berikutan pandemik yang melanda hampir seluruh dunia ini.

Biarpun tempahan untuk Disney World pada Jun sudah dibuka, tetapi pakar ekonomi memberi amaran bahawa tiada percutian atau holiday akan berlaku sehingga tahun 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada kompromi! Amsterdam larang Airbnb di lokasi tumpuan pelancong

Menurut John dalam laporannya yang bertajuk ‘The Eye of The Strom’: “Kemelesetan ekonomi ditambah dengan keperluan untuk penjarakkan sosial, langkah penjagaan kesihatan yang baharu, dan kurangnya jumlah travel cenderung menjadikan perniagaan ini kurang menguntungkan."

Dia menambahkan bahawa taman-taman itu mungkin dapat kembali beroperasi dalam tempoh paling awal 18 bulan bertepatan dengan tempoh vaksin Covid-19 yang dijangka sudah lengkap untuk digunakan.



Taman tema Disneyland World dijangka terus tutup berikutan penularan Covid-19.

Malah sebelum ini kumpulan saintis mendedahkan penemuan vaksin hanyalah exit strategy daripada virus yang bermaksud seluruh dunia akan mengamalkan ‘new normal’.

Laporan sebelum ini juga mendedahkan bahawa penyediaan vaksin untuk virus ini akan mengambil masa 19 bulan dan dalam tempph itu sesetengah arahan perlu diikuti.

Selain itu, bos Disney, Bob Iger dalam satu wawancara memberitahu: "Untuk kembali ke keadaan normal, orang ramai haruslah berasa selesa dan selamat.” - Dailystar