suria

Tiada kompromi! Amsterdam larang Airbnb di lokasi tumpuan pelancong

Amsterdam mengeluarkan perintah untuk tidak sewenang-wenangnya menyewakan kediaman mereka menerusi Airbnb kepada pelancong.

BERIKUTAN penularan wabak Covid-19 yang sedang berleluasa terutamanya di Eropah, Amsterdam mengeluarkan perintah baharu larangan menyewa rumah kepada pelancong.

Larangan itu yang bakal berkuatkuasa mulai 1 Julai depan khusus kepada individu yang menyewakan rumah mereka menerusi platform Airbnb.

Keputusan itu dibuat selepas pihak berkuasa mendapat pelbagai aduan daripada penduduk yang mendakwa masih ramai pelancong yang berada di Amsterdam meskipun keadaan ketika ini tegang.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 30 tahun, akhirnya Banjaran Himalaya muncul... saat dunia lockdown akibat Covid-19

Tidak cukup dengan itu, kebanyakan kumpulan yang menyewa langsung tidak menjaga adab sehingga mengganggu ketenteraman awam.



Situasi di Amsterdam kini lenggang kerana penularan Covid-19.

Pemilik rumah perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib sekiranya masih ingin menyewa kediaman mereka kepada pelancong selepas tarikh penguatkuasaan larangan itu.

Bagaimanapun tiada kompromi kepada pemilik rumah di kawasan tumpuan pelancong serta kawasan bersejarah di Amsterdam.

Sebenarnya ia bukan isu baharu, sebaliknya beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan di negara itu telah memperketatkan undang-undang bagi mana-mana individu yang ingin menyewakan rumah mereka kepada pelancong.

Ini termasuklah membataskan tempoh menyewa sehingga maksimum 30 malam setahun dan hanya empat tetamu dibenarkan.

Amsterdam, Airbnb, Covid-19, Travel

Artikel Lain