suria

Umpama terkena sumpahan ketika ditutup 6 minggu akibat Covid-19, kini Kampung 'Frozen' rindukan kunjungan pelancong... bakal dibuka 15 Mei ini

Perkampungan Hallstatt menjadi inspirasi dalam filem animasi popular Frozen.

HALLSTATT sebuah perkampungan kecil yang terletak di pinggir dan pergunungan Salzkammergut di sebelah timur Salzburg, Austria merupakan lokasi tumpuan pelancong seluruh dunia.

Dengan hanya mempunyai 780 populasi, Hallstatt menjadi inspirasi lokasi Arendelle dalam filem animasi Disney Frozen sebelum ini terpaksa mengehadkan kedatangan pelancong kerana tidak dapat menampung jumlah yang terlalu tinggi setiap hari.

Malah filem Frozen juga dikatakan bertanggungjawab menjadikan Hallsatt terkenal di mata dunia selain drama bersiri Korea yang merakam penggambaran di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Disney World dijangka tutup sehingga 2021

Perkampungan ini merupakan ‘hotspot’ terbaik bagi pengunjung merakam ‘selfie’ masing-masing kerana memiliki pemandangan yang menakjubkan.

Namun suasana kesibukan itu kini bertukar sunyi dan lengang di lorong-lorong yang menjadi tumpuan selepas kerajaan mengambil langkah ‘lockdown’ berikutan penularan pandemik Covid-19.



Pelancong dari seluruh negara melawat perkampungan Hallstatt tahun lalu
.

Sebelum ini bas-bas membawa pelancong akan berhenti di perkampungan ini untuk lawatan singkat di mana mereka mengenakan bayaran satu euro (RM5) untuk penggunaan tandas.

Tetapi kini semuanya sudah berubah dan berdepan dengan cabaran.



Filem Frozen mengambil inspirasi lokasi dari perkampungan Hallstatt.

“Sejak akhir-akhir ini agak keterlaluan dan seperti terkena sumpahan. Kami akan terus mengambil langkah (menarik kembali pelancong), ” jelas Datuk Bandar Hallstatt Alexander Scheutz.

Januari lalu, MailOnline melaporkan perkampungan itu menjadi padat dengan kehadiran pelancong sehingga memaksa pihak berkuasa mengehadkan kedatangan.

Malah pelancong-pelancong juga turut menggunakan dron merakam pemandangan. Ada juga sesetangah daripada mereka memasuki rumah penduduk tempatan untuk menggunakan tandas.



Suasana di Hallstatt lebih sunyi sejak lockdown dilaksanakan sejak enam minggu lalu berikutan Covid-19.

Salah seorang pemilik kafe di situ memberitahu: “Emak saya terjaga dari tidur dan ternampak beberapa pelancong China di bilik tidurnya.”

Pihak kerajaan memberitahu, selepas lockdown selama enam minggu, beberapa lokasi akan dibuka secara berperingkat.

Restoran dan kafe akan dibuka pada 15 Mei, diikuti hotel mulai 29 Mei, manakala sempadan negara itu Selemasih kekal ditutup.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hallstatt, Austria, Frozen, Kampung, Cantik

Artikel Lain