suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbukti Bali destinasi paling digemari... 60 juta hastag di Instagram

Pemandangan indah di Uluwatu, Bali yang cukup memukau sesiapa sahaja yang ke sana.

KETIKA ini hampir semua destinasi pelancongan popular ditutup kepada orang ramai berikutan penularan wabak Covid-19 yang belum menampakkan kesudahan.

Kini kita hanya dapat membayangkan betapa indahnya laut yang membiru dengan bunyi ombak sambil menghirup air kelapa segar di bawah pokok.

ARTIKEL BERKAITAN: Umpama terkena sumpahan ketika ditutup 6 minggu akibat Covid-19, kini Kampung 'Frozen' rindukan kunjungan pelancong... bakal dibuka 15 Mei ini

Dalam banyak-banyak lokasi, nampaknya ramai yang asyik mengelamun mengenai keindahan Bali, Indonesia.

Mana tidaknya, di Instagram sahaja, pulau itu mendapat jumlah tanda pagar terbesar - melebihi 60 juta menerusi kajian dilakukan oleh ejen pelancongan, Tourlane baru-baru ini.



Pantai Kuta antara lokasi popular sekiranya ke Bali.

Dalam pada itu, berita baik juga buat masyarakat di Eropah kerana selepas ini mereka tidak perlu menaiki penerbangan jauh untuk ke pantai yang indah.

Ini kerana dalam senarai itu, 26 daripada 50 pulau terbaik dan mendapat saranan di Instagram terletak di Eropah selain tujuh destinasi itu berada dalam 10 destinasi terbaik.

Malaysia juga tidak perlu rasa kecewa, kerana Borneo tersenarai di kedudukan ke-22.

Berikut adalah senarai 10 destinasi paling banyak mendapat tanda pagar di Instagram;

1. Bali, Indonesia

2. Ibiza, Sepanyol

3. Sicily, Itali

4.Mallorca, Sepanyol

5. Phuket, Thailand

6. Tenerife, Sepanyol

7. Sardinia, Itali

8. Maui, Amerika Syarikat

9. Santorini, Greece

10. Corsica, Perancis



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain