suria

Menarik! Perjalanan kereta api laju London-Amsterdam kini tanpa transit

Eurostar akhirnya perkenal perjalanan dari Amsterdam ke London tanpa transit.

SEBELUM ini ramai yang lebih suka menggunakan pesawat dari Amsterdam untuk ke London atau sebaliknya walaupun ada kereta api laju iaitu Eurostar yang menghubungkan kedua-dua bandar raya itu melalui darat.

Namun ramai tidak memilih Eurostar kerana ia memakan masa memandangkan pengangkutan awam itu singgah di Brussels untuk menukar kereta api dan pengesahan dokumen perjalanan.

Bagaimanapun bermula tahun ini, perjalanan menggunakan kereta api untuk ke destinasi tersebut menjadi lebih efektif apabila penumpang tidak perlu menukar kereta api di Brussels.

ARTIKEL BERKAITAN : Nak pastikan cuti anda tidak diganggu, ikuti 5 tip elak terkena wabak koronavirus

Tiket perjalanan kereta api Eurostar terbaharu ini mula dijual kepada orang awam bermula 11 Februari ini.

Percutian ke Amsterdam lebih mudah dengan kereta api tanpa henti dari London. 

Tempahan tiket untuk perjalanan dari Amsterdam bermula 30 April dan 18 Mei 2020 pula dari Rotterdam.

Durasi perjalanan dari Stesen Amsterdam Central ke Stesen St Pancras International London hanya memakan masa kurang lima jam.

Selain itu, pihak Eurostar pula akan membuat dua perjalanan dari/ke Amsertdam/London sebanyak dua kali sehari.

Harga tiket pula dijual pada harga 40 Euro (RM160) sehala.

London, Amsterdam, Eurostar

Artikel Lain