suria

Gol Perisic Tewaskan Sepanyol, Del Bosque Pernah Beri Amaran

Del Bosque (dua,kanan) bersama pegawai pasukan kelihatan kecewa selepas Sepanyol tewas 2-1 kepada Croatia, awal pagi Rabu.

JURULATIH Sepanyol, Vicente del Bosque  mempertahankan anak buahnya yang tewas 2-1 kepada Croatia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D Euro 2016 awal pagi Rabu.

Kekalahan pada minit terakhir  menyaksikan La Roja bakal bertemu dengan pesaing tradisi mereka, Itali pada pertemuan kalah mati 16 pasukan selepas ini.

Croatia berjaya mengetepikan Sepanyol selepas hasil jaringan leret Ivan Perisic pada minit ke-87 permainan.

Sebelum itu kedua-duanya terikat seri hasil jaringan pertama Sepanyol oleh Morata (7') dan gol penyamaan Kalinic (45').

Pertemuan dengan Itali itu nanti berikutan Sepanyol terpaksa menghuni di tempat kedua kumpulan selepas posisi pertama diambil alih Croatia dengan kelebihan mata.

Del Bosque agak terkilan dengan keputusan tersebut memandangkan dia yakin Sepanyol mempunyai beberapa peluang cerah untuk meraih gol, tetapi gagal disudahi dengan baik.

Lebih malang, sepakan penalti oleh kapten Sergio Ramos menyelitkan lagi kekecewaan juara bertahan ini.

Ramos menampilkan sepakan penalti lemah ke arah penjaga gol Croatia


"Kami kecewa. Perjalanan selepas ini mungkin lebih sukar tetapi kamu tidak pernah tahu di mana bahayanya.

"Walaupun ini merupakan kekalahan pertama Sepanyol dalam 15 perlawanan saingan kumpulan selepas tewas kepada Portugal pada tahun 2004, tetapi mereka kembali bangkit dengan mengetepikan Switzerland di pentas akhir Piala Dunia.

"Pun begitu kami masih dalam persaingan. Saya tidak akan mempertahankan dari segi pretasi mereka, tetapi hakikatnya kami tidak pernah bermain dengan buruk dan tidak mendapat sebarang aduan berkaitan dengan pemain-pemain."

Sementara itu, sekiranya Sepanyol berjaya mengatasi Itali, mereka berkemungkinan bertemu dengan juara dunia, Jerman pada saingan suku akhir.

Manakala tuan rumah Perancis bakal melayan England.

SENARAI PEMAIN:

Croatia:
Subasic, Srna, Corluka, Jedvaj, Vrsaljko, Rog, Badelj, Perisic, Rakitic, Pjaca, Nikola Kalinic. (simpanan): Kovacic, Cop, Kramaric.

Sepanyol
: De Gea , Juanfran, Pique, Sergio Ramos, Jordi Alba, Fabregas, Busquets, Iniesta, Silva, Morata, Nolito. (simpanan) Bruno, Aduriz,Thiago.

Euro2016, Sepanyol

Artikel Lain