suria

Euro 2016 Penampilan Terakhir Ibrahimovic Bersama Sweden

PENYERANG Sweden Zlatan Ibrahimovic pada Selasa berkata beliau akan menggantung but dalam perlawanan antarabangsa selepas berakhirnya Euro 2016.

"Euro 2016 merupakan pernampilan terakhir saya bersama Sweden, saya berharap agar ia bukan berakhir esok.

"Saya amat berbangga dengan apa yang telah dicapai dan akan sentiasa membawa bendera Sweden dalam diri saya," katanya.

Sweden akan bertemu Belgium pada Rabu, perlawanan penting di mana pasukan itu perlu mencatatkan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati.

Ibrahimovic yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United menjaringkan 62 gol daripada 116 penampilan bersama Sweden.

Pemain berusia 34 tahun itu dijangka mewakili Sweden pada temasya Sukan Olimpik di Rio, musim panas ini.

Beliau bagaimanapun belum menjaringkan gol untuk Sweden selepas pasukan itu hanya mengutip satu mata daripada dua perlawanan awal Kumpulan E.

Ibrahimovic tampil mewakili Sweden buat pertama kalinya menentang Faroe Island pada 2001 selain beraksi pada Piala Dunia 2002 dan 2006.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain