suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JDT Rancang Beli Sebidang Tanah Di Sepanyol

KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) bercadang membeli sebidang tanah di bandar Valencia atau Barcelona di Sepanyol untuk dibangunkan menjadi sebuah kem latihan JDT dan juga tempat penginapan para pemain untuk perlawanan pramusim di negara Eropah berkenaan.

Laman Facebook rasmi JDT, The Southern Tigers memaklumkan satu delegasi JDT dihantar ke Sepanyol hari ini untuk meninjau lokasi yang bersesuaian di sana.

"Selain itu, ia juga boleh menjadi tempat penginapan pemain muda kami yang diserapkan dalam mana-mana kelab di Sepanyol," kata kelab itu.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa negara Eropah pada Disember tahun lepas termasuk mengadakan perjumpaan dengan beberapa kelab seperti Valencia, Real Madrid dan Barcelona di Sepanyol serta kelab Perancis, Paris St Germain.

Lawatan berkenaan antara lain bertujuan memperluas jaringan usahasama antara JDT dengan kelab-kelab berkenaan.

Untuk rekod, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah menjalankan program pembangunan akar umbi JDT bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund sejak tahun lepas dalam usaha melahirkan pemain muda berkaliber pada masa akan datang. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain