suria

Coleman Dedah Wales Tidak Ada Perasaan Gentar

PENGURUS Wales, Chris Coleman yakin tidak ada perasaan gentar dalam jiwa pemain-pemainnya selepas layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan.

Wales mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Rusia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan B sekaligus menguasai keududukan teratas dengan mengetepikan pasukan England yang sekadar seri tanpa jaringan ke atas Slovakia.

"Kami akan menikmnatinya. Pemain-pemain menunjukkan sikap berani. 

"Mereka melakukan apa sahaja dengan bola, yang mana ia tidak berlaku ketika bertemu England.

"Saya memberitahu bahawa banyak lagi akan muncul dari pasukan ini, mereka sedang mendapatkan sesuatu, dan saya gembira kami dapat meraikannya bersama-sama.

"Saya perlu melihat siapa yang akan bertemu kami nanti. Kami menghormati semua pasukan tetapi kami tidak takut," jelasnya kepada ITV4 selepas perlawanan awal pagi Selasa.

Tiga gol kemenenagan Wales itu  dijaringkan oleh  Neil Taylor, Aaron Ramsey dan Gareth Bale.

Sementara itu, jurulatih  Leonid Slutsky dijangka tidak akan meneruskan tugasnya bersama Rusia selepas terkeluar dari aksi Euro 2016 ini.

Slutsky


"Saya yakin selepas perlawanan seperti ini, kamu pasti memerlukan orang lain untuk menguruskan pasukan kebangsaan untuk kejohanan utama.

"Pertama, kamu perlu menukar ketua jurulatih. 

"Saya perlu bertanggungjawab. Saya telah diberi masa untuk membuat persediaan dan mencari pemain dan jika kami gagal untuk berjaya, sudah pasti ia adalah kesilapan saya."

Euro2016, Wales, Coleman, Leonid Slutsky, Wales

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain