suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribuan Penyokong Poland Disembur Gas Pemedih Mata

POLIS Perancis terpaksa melepaskan gas pemedih mata serta semburan air terhadap penyokong-penyokong Poland di Marseille sebelum perlawanan terakhir peringkat Kumpulan C Euro 2016 bertemu Ukraine awal pagi Rabu.

Lebih seribu penyokong Poland menimbulkan kekecohan di sepanjang jalan Vieux Port (Old Port) sambil menyanyi, mabuk dan menyalakan bom asap sebelum perlawanan bermula.

Sekurang-kurangnya 12 orang daripada mereka ditahan pihak berkuasa.

Menurut Reuters, kekecohan yang berlaku itu melibatkan sekumpulan penyokong ‘hooligan’ penyokong lawan.

Pihak berkuasa Marseille sebelum ini sudah membuat persiapan keselamatan menjelang perlawanan kedua-dua pasukan ini dengan menempatkan seribu anggota polis bersama 200 ejen keselamatan sulit.

Malah sebuah helikopter tentera turut berada berdekatan dengan kawasan penyokong di stadium.

Sementara itu, Poland telah menempah tiket ke pusingan kalah mati buat kali pertama selepas menewaskan Ukraine 1-0 pada perlawanan tersebut.

Mereka bakal bertemu Switzerland pada pusingan seterusnya.

Artikel Lain