suria

Pemain Valorant, Hunter ‘SicK’ Mims ditahan kerana ceroboh pusat pengedar kereta

Pemain e-sport ini digantung kerana kesalahan menceroboh.

UMUM mengetahui Hunter 'SicK' Mims merupakan personaliti disegani ramai dalam arena e-sport yang bermain untuk pasukan terkemuka Valorant, Sentinels.

Lebih senang disapa sebagai Hunter, dia bagaimanapun ditahan polis pada 4 Mac lalu kerana insiden menceroboh di sebuah pusat menjual kereta.

Kesalahannya itu dikategorikan sebagai salah laku di bawah 'Kelas B' dengan bayaran ikat jamin sebanyak 5,000 Dolar AS (RM22,000).

Ia bermula dengan satu insiden di premis menjual Ferrari.

Dia diminta meninggalkan premis namun berdegil dan kemudian ditangkap.

Hunter kemudian dipenjarakan selama dua hari di Collin County di Dallas, Texas dan masih belum dilepaskan selagi ikat jaminnya belum dibayar.

Jika didapati bersalah, Hunter akan dikenakan denda sebanyak 2,000 Dolar AS (RM9,000) atau penjara sehingga 180 hari.

Pasukan Sentinels juga sudah menggantung Hunter dan bakal digantikan dengan bekas pemain OpTic.

Hunter dikatakan mempunyai banyak masalah peribadi.

Beberapa pemain, ahli keluarga dan orang rapat juga cuba untuk menghubunginya tetapi tidak berhasil. - SPORTSKEEDA

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain