suria

Ambil perhatian pemain PUBG! Lotus's jadi penganjur e-sukan, tawar hadiah lebih RM12,000

Lotus's kini memasuki arena e-sukan dengan penganjuran kejohanan tersendiri.

PASARAYA Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) kini memasuki arena e-sukan dengan penganjuran kejohanan tersendiri, dinamakan Lotus’s eLegasi.

Sebagai permulaan tanda sokongan terhadap industri e-sukan, Lotus’s akan menganjurkan siri kejohanan PUBG Mobile di tiga cawangannya iaitu di Selayang, Tanjung Pinang dan juga Desa Tebrau.

Program eLegasi Lotus's itu dikuasakan oleh Republic of Gamers (ROG) menerusi kerjasama pertamanya dengan persatuan gergasi permainan video tersebut.

Lotus’s akan menganjurkan siri kejohanan PUBG Mobile di tiga cawangannya.

Usaha Lotus’s menyokong langkah-langkah memperkasakan arena e-sukan negara adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian, sekali gus mampu menarik lebih ramai anak muda ke bangunan pasar raya mereka.

Secara tidak langsung, ia juga dijangka menguntungkan pelbagai premis perniagaan di bangunan Lotus’s.

Bagi anda yang berumur 16 tahun dan ke atas, boleh semak laman rasmi Lotus’s eLegasi, dan mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah berjumlah RM12,750.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain