suria

4 permainan video ditunggu-tunggu pada Mac 2023, Resident Evil 4 paling ‘panas’

Resident Evil 4 adalah antara permainan video yang dinanti-nantikan ramai. -Gamespot

BEBERAPA nama besar permainan video yang padat dengan aksi tanpa henti akan menemui peminat pada Mac tahun ini.

Setiap permainan dalam genre tersendiri dilancarkan dengan idea yang segar serta kreatif sudah tentunya akan mencetuskan keterujaan pemain.

Untuk segmen e-sport kali ini ayuh kita teroka permainan video yang bakal menerjah pasaran dan menjadi bualan hangat pengikut dunia hiburan digital.

Fitness Boxing: Fist of the North Star. -Gamespot

1) Fitness Boxing: Fist of the North Star (2 Mac)

Bersedia untuk aksi pemanas badan? Apa kata anda mencuba beberapa sesi pertarungan dengan pahlawan kuno yang menggunakan tumbukan akupunktur maut untuk menewaskan lawannya.

Kenshiro akan menjadi peneman anda dalam spin-off Fist of the North Star ini yang merupakan permainan video di bawah agensi Switch.

Hadapi saingan dalam mod pertempuran dan lihatlah diri anda menjadi pakar seni mempertahankan diri dalam dunia pasca-apokaliptik.

WWE 2K23. -Gamespot

2) WWE 2K23 (17 Mac)

WWE 2K22 tahun lepas telah mengembalikan francais gusti ke landasan yang betul, dan tahun ini, tumpuannya adalah untuk memastikan satu lagi acara yang penuh sensasi menjengah peminat.

Seperti biasa, anda akan dapat memilih karakter daripada hampir 200 superstar, mengawal mereka dalam semua jenis perlawanan yang unik dan membina status legenda anda sendiri dalam perjalanan ke Wrestlemania.

Bagi peminat sejarah WWE, terdapat mod cerita baharu yang menumpukan kepada figura ikonik John Cena, mengisahkan kebangkitannya daripada OVW ke peringkat paling hebat dalam dunia gusti.

Cuma ada satu perubahan, anda tidak akan bermain sebagai Cena, sebaliknya anda akan berrmain sebagai pencabar kepadanya dalam satu usaha untuk menjatuhkan Big Match John.

The Last of Us Part 1. -Gamespot

3) The Last of Us Part 1 (28 Mac)

The Last of Us kembali dengan wajah dan versi baharu. The Last of Us Part 1 ini membawa permainan video klasik PlayStation 3 (PS3) kepada kualiti visual yang lebih epik dalam PS5 dan PS4.

Walaupun beberapa permainan video mungkin terasa agak ketinggalan zaman, agensi Cat Digital berjaya melakukan tugas yang cemerlang dalam memodenkan The Last of Us Part 1.

Selain itu beberapa penambahbaikan kualiti dan set kulit pemain bakal menjadikan versi The Last of Us ini edisi yang terhebat.

Resident Eviil 4. -Gamespot

4) Resident Evil 4 (24 Mac)

Pembikinan semula yang ditunggu-tunggu peminat Resident Evil selama bertahun-tahun lamanya.

Kelahiran semula Resident Evil 4 yang akan datang ini mempunyai beberapa harapan peminat yang perlu dipenuhi. Permainan Resident Evil sebelum ini dianggap sebagai salah satu permainan seram survival terbaik dalam dunia e-sport.

Untuk pembikinan semula permainan tahun 2005 ini, Capcom telah menambah mod permainan moden, jalan cerita yang direka semula dan grafik yang mengerikan untuk membawa kultus klasik ini ke era baharu.

Seperti pembikinan semula Resident Evil sebelum ini, ia akan mengikut konsep permainan asal di sambil menyuntik beberapa kejutan baharu ke dalamnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain