suria

Wow! Free Fire kolaborasi dengan Justin Bieber, satu lagu eksklusif akan dikeluarkan

Free Fire mengadakan kolaborasi dengan Justin Bieber sempena ulang tahun ke-5.

GARENA mengumumkan kolaborasi bersama bintang pop kegilaan ramai, Justin Bieber.

Kolaborasi bersama Bieber itu sempena sambutan ulang tahun ke-5 Free Fire.

Ia akan menyaksikan kandungan bertema kegemaran pemain, ganjaran eksklusif dan hadiah serta banyak lagi!

"Saya sangat teruja untuk menjadi rakan Garena Free Fire di atas peluang ini untuk menghiburkan peminat saya di serata dunia," ujar Bieber dalam satu kenyataan.

"Kolaborasi bersama Free Fire ini memberikan saya meneroka pelbagai dimensi untuk memasukkan muzik saya ke dalam permainan video dan saya tidak sabar untuk semua orang menikmati hasil kerja keras kami di belakang tabir," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Free Fire bekerjasama dengan Venom untuk projek Free Fire x Venom: Let There Be Carnage

Syarikat itu berkata, pemain boleh menantikan set-up interaktif, mengambil bahagian dalam permainan mini, mengekspresikan diri mereka dengan emote yang custom dan mendapat peluang untuk membuat persembahan dengan avatar Bieber semasa konsert tersebut.

Penerbit Free Fire, Harold Teo berkata, sokongan ini juga mendapat sambutan baik daripada komuniti global dan pemain yang bermain Free Fire selama ini.

"Kami juga sangat teruja dan rendah diri kerana dapat menjadi rakan kongsi ikon global Justin Bieber yang banyak memberi pengaruh muzik dan fesyen seluruh dunia," tambahnya.

Kemas kini akan bermula pada 27 Ogos depan dan Justin Bieber akan mengeluarkan satu lagu eksklusif untuk sambutan ulang tahun ke-5 ini.

Butiran lanjut mengenainya akan diumumkan kemudian di platform media sosial di Facebook, YouTube dan Instagram.

Free Fire merupakan permainan mudah alih Battle Royale di mana pemain bersaing untuk menjadi juara. Aplikasi inu boleh dimuat turun di Google Play dan App Store.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain