suria

Liga kebangsaan MEL21 kini bermula... hadiah terkumpul RM200,000 jadi rebutan!

Seramai 288 para pemain telah berjaya dinobatkan sebagai juara negeri

E-SPORTS Integrated (ESI) telah mengumumkan barisan juara Liga E-sukan Malaysia 2021 (MEL21) peringkat negeri serta permulaan MEL21 peringkat kebangsaan.

Ia sebagai sebahagian daripada Pelan Rangka Tindakan E-sukan Kebangsaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan melalui inisiatif Esports Integrated (ESI).

MEL21 peringkat negeri yang julung kali diadakan telah berlangsung pada 10 Julai sehingga 8 Ogos 2021, manakala MEL21 peringkat kebangsaan pula telah bermula dari 14 Ogos hingga 1 September 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Liga e-Sukan Malaysia 2021 bermula hari ini, tawar habuan RM200,000

Seramai 288 pemain dari 64 pasukan telah dinobatkan sebagai juara negeri.

Juara akan mewakili negeri masing-masing (13 negeri dan 3 Wilayah Persekutuan) di dalam MEL21 peringkat kebangsaan, bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 untuk setiap kategori.

Kategori-kategori yang akan dipertandingkan semasa MEL21 peringkat kebangsaan adalah PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM), Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), EA Sports FIFA21 dan Dota 2.

MEL21 dianjurkan oleh ESI dengan kerjasama 16 persatuan E-sukan negeri.

Hadiah terkumpul berjumlah RM200,000 menjadi rebutan semua peserta.

Hampir 30,000 pemain akar umbi mendaftarkan diri untuk menyertai MEL21, yang dilangsungkan secara dalam talian mengikut SOP yang telah ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara, Fasa 1.

Sebanyak 200,000 orang menonton perlawanan MEL21 peringkat negeri melalui platform kejohanan E-sukan kebangsaan, esukan.gg dan melalui laman Facebook ESI.

ESI menjangkakan jumlah tontonan sebanyak 100,000 orang semasa MEL21 peringkat kebangsaan dilangsungkan.

MEL21 peringkat kebangsaan akan disiarkan secara langsung di www.esukan.gg dan laman Facebook ESI.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

MEL21, esports, Tournament, PUBG, DOTA2, FIFA21

Artikel Lain