suria

PUBG Mobile kuasai carta permainan mudah alih terlaris bagi Julai 2021

PUBG Mobile muncul permainan mudah alih terlaris pada bulan Julai 2021

PERMAINAN mudah alih PUBG Mobile terus menguasai carta permainan mudah alih terlaris pada Julai 2021, diikuti dengan Honor of Kings.

Hanya dalam masa tujuh bulan, PUBG Mobile telah melepasi pendapatan AS$1.5 bilion (RM6.4 bilion) dan kemungkinan besar akan melepasi angka AS$2 bilion (RM8.5 bilion) pada Ogos.

Lebih-lebih lagi, bulan Julai adalah bulan pendapatan tertinggi dalam sejarah permainan mudah alih, dan ini adalah kali kedua pada tahun ini PUBG Mobile menduduki tangga teratas.

ARTKEL BERKAITAN: Yoodo Alliance sedia gegar arena e-sukan Malaysia dalam PUBG Mobile!

Kadar peningkatannya adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding bulan Jun dan 26.7 peratus berbanding Julai 2020.

Permainan Genshin Impact yang dilancarkan pada September 2020, menjadi permainan mudah alih ketiga terlaris pada Julai 2021.

Perbelanjaan pemain global untuk Pokémon GO adalah AS$150.4 juta (RM637 juta) pada Julai 2021.

Kejayaan Pokémon GO disebabkan oleh Pokémon GO Fest, iaitu festival tahunan pada 17-18 Julai yang menghasilkan sejumlah AS$21 juta (RM89 juta).

sss

Permainan mudah alih teratas berdasarkan pendapatan untuk Julai 2021 (Imej melalui Sensor Tower)

Free Fire mendapat tempat kesembilan dalam carta dengan pendapatan tertinggi mereka pada Julai 2021

Julai 2021 juga menyaksikan Amerika Syarikat menyumbang hampir 29 peratus dari pendapatan global, sekitar AS$2.2 bilion (RM9.3 billion).

Pasaran pendapatan kedua terbesar adalah Jepun, dengan 19.8 peratus.

China menyumbang 17.4 peratus daripada pendapatan yang dilaporkan, tetapi hanya melalui App Store kerana Google Play tidak tersedia di sana. -sportskeeda

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Kes Covid-19 dijangka meningkat - KJ