suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bawa bersiar di Miami, Hamilton dan Shakira sedang dalam fasa 'mengenali'

Hamilton dan Shakira dilihat semakin kerap berjumpa.

CINTA boleh datang pada waktu dan keadaan yang tidak disangka-sangka.

Tidak diduga apabila pelumba Formula Satu, Lewis Hamilton dan penyanyi Colombia, Shakira dikhabarkan akan menghabiskan lebih banyak masa bersama.

Sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu bahawa kedua-duanya berada di peringkat awal hubungan selepas beberapa kali dilihat bersama.

"Mereka menghabiskan masa bersama dan dalam peringkat 'mengenali'," kata sumber itu.

Kedua-duanya pertama kali dilihat ketika Shakira menghadiri Grand Prix Miami bulan lalu dan mereka makan malam bersama selepas itu.

Video yang tersebar menunjukkan penyanyi 'Hips Don't Lie' dan legenda Formula Satu itu bersama di restoran popular, Cipriani, di Miami, Amerika Syarikat.

Hanya beberapa hari selepas makan malam, Lewis membawa penyanyi Colombia itu bersiar-siar bersama rakannya di Miami. - Marca

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain