suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal dapatkan Messi, Al-Hilal intai Neymar pula

Neymar menjadi buruan Al-Hilal menjelang jendela perpindahan musim panas. -Gambar Getty Images

AL-HILAL dilaporkan telah menghubungi ejen Neymar bagi mendapatkan bintang Paris Saint Germain (PSG) itu, selepas gagal menandatangani rakan sepasukannya, Lionel Messi.

Menurut CBS Sports, Al-Hilal bersedia menawarkan €45 juta (RM232 juta) kepada PSG bagi mendapatkan Neymar yang ketika ini memiliki kontrak sehingga 2025.

Pemain berusia 31 tahun itu dijangka menerima gaji menyamai Cristiano Ronaldo di mana bintang Al Nassr itu ditawarkan gaji tahunan sebanyak RM992 juta.

Terdahulu, Al-Hilal sebelum ini mensasarkan Messi namun bintang Argentina itu lebih memilih untuk ke Amerika Syarikat.

Sekadar maklumat tambahan, Neymar mengungguli rekod perpindahan termahal dunia ketika menyertai PSG pada 2017, dengan nilai RM1.128 bilion. -Goal.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Neymar, PSG, Al-Hilal

Artikel Lain