suria

Pemain bola sepak tempatan ditahan cederakan kekasih di hotel

Seorang wanita mendakwa didera oleh seorang pemain bola sepak tempatan.

SEORANG pemain bola sepak profesional yang menyarung jersi Sabah di Liga Super Malaysia ditahan polis kerana didakwa mencederakan teman wanitanya di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan jam 6 pagi Rabu.

"Dalam satu perselisihan faham, teman lelaki itu bertindak fizikal dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan mangsa.

"Suspek juga merosakkan telefon bimbit mangsa. Hasil maklumat dan risikan, polis menahan suspek dalam satu serbuan di sebuah hotel di sekitar Petaling Jaya untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu tular di media sosial desas-desus tentang seorang bekas pemain kebangsaan yang memukul kekasihnya sehingga lebam di tangan dan mendapat beberapa kesan calar.

Mangsa yang juga merupakan seorang doktor mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta dan mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara itu kepada umum melalui akan Instagramnya.

Fakhrudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323/ 427 Kanun Keseksaan.

Suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain