suria

Tewas separuh akhir, Ultras AZ Alkmaar serang penyokong West Ham

Penyokong AZ menerpa masuk ke ruang penyokong West Ham.

SUKAR terima kekalahan, peminat West Ham diserang secara mengejut oleh ultras AZ Alkmaar.

Ia berikutan kemenangan kelab Liga Perdana itu pada separuh akhir Liga Persidangan Europa pada 18 Mei.

The Hammers menang 1-0 pada malam itu, memastikan kemenangan agregat 3-1 untuk mengesahkan laluan ke final Eropah yang pertama mereka sejak 1976, tetapi permainan itu dicemari oleh adegan memalukan di tempat penonton selepas sepenuh masa.

Sekumpulan penyokong AZ yang marah melompat ke atas penghadang dan masuk ke bahagian West Ham di Stadion AFAS di mana mereka mula mencetuskan pergaduhan

Ekoran itu, sebilangan pelayan bergegas ke lokasi pergaduhan untuk menenangkan keadaan, tetapi tidak dapat menghalang jumlah peminat AZ yang melompat ke tempat duduk.

Keganasan akhirnya dapat dihentikan selepas penyokong AZ diusir keluar dari lapangan. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain