suria

Ronaldo digesa akhiri karier bersama Real Madrid

Ronaldo menyertai Al Nassr pada Januari 2023. foto Reuters

CRISTIANO Ronaldo mungkin 'terpengaruh' apabila dia menandatangani kontrak besarnya di Al-Nassr, menurut Rivaldo.

Ronaldo, 38, menyertai pasukan Arab Saudi pada Januari lalu selepas kontraknya di Manchester United ditamatkan berikutan temu bualnya yang mengkritik kelab itu.

Perjanjian £173 juta (RM974 juta) setahun, sepanjang dua setengah tahun, menjadikannya sebagai pemain dengan bayaran terbaik dalam dunia bola sepak.

Bagaimanapun, ikon Brazil, Rivaldo menyifatkan gaji besar yang ditawarkan di Arab Saudi menutupi kesukaran liga dan cara hidup Ronaldo di negara Teluk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr, ditawar jadi duta di Real Madrid

Bercakap kepada Mundo Deportivo, Rivaldo berkata: "Saya faham kadang-kadang pemain terpengaruh dengan kontrak besar yang mereka tandatangani di Arab Saudi, tetapi kemudian kehidupan di sana lebih tertutup dan bola sepak tidak selalunya semudah yang disangka.

"Jadi, anda mungkin akan melalui fasa kekecewaan dan juga refleksi. Jika wang yang anda perolehi menebus kehidupan yang tidak bahagia yang dilalui sekarang.

"Adalah bagus untuknya dan untuk bola sepak melihat Cristiano Ronaldo kembali ke Real Madrid bagi menamatkan kariernya.

"Sudah tentu, penyokong perlu memahami bahawa mereka tidak boleh menuntut perkara yang sama daripadanya seperti ketika dia berusia 25 atau 26 tahun, tetapi dia masih boleh membantu kelab dalam lebih banyak penaklukan," kata Rivaldo lagi.

Ronaldo telah menjaringkan 12 gol dalam 16 perlawanan dalam semua pertandingan untuk pasukan Dinko Jelicic sejak penyertaannya. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain