suria

Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr, ditawar jadi duta di Real Madrid

Ronaldo membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Arab Saudi, Al Nassr.

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan membuat keputusan untuk meninggalkan kelab Arab Saudi, Al Nassr tidak lama lagi.

Menurut laporan Dailypost, Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menawarkan Ronaldo peranan sebagai duta di kelab itu.

Terdahulu, Ronaldo berpindah ke Liga Profesional Arab Saudi itu pada Januari selepas mempunyai isu dengan pengurus Manchester United, Erik ten Hag.

Sebelum menyertai pasukan Arab Saudi itu, Ronaldo mencuba nasib untuk kembali ke Real Madrid.

Bagaimanapun, Perez menghalang pemain itu kembali ke Bernabeu. Namun, dia kini ditawarkan kembali ke kelab itu tetapi bukan berperanan sebagai pemain.

Sebaliknya, laporan itu mengatakan bahawa Perez mahu Ronaldo memainkan peranan sebagai duta kelab atau menjadi sebahagian daripada organisasi kelab tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain