suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pique berang anak muncul dalam klip video Shakira, mahu ambil tindakan undang-undang

Milan dan Sasha membuat penampilan dalam klip video Shakira.

BINTANG bola sepak Barcelona, Gerard Pique, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas kekasihnya, penyanyi Shakira, kerana mengeluarkan muzik video dengan menampilkan dua anak mereka, Milan dan Sasha.

Dalam klip video lagu berjudul 'Acrostico' yang dirakam di rumah mereka Barcelona, beberapa hari sebelum berpindah ke Miami, Milan dan Sasha dilihat menyanyi bersama ibu mereka dan mengiringinya bermain piano.

Lagu itu telah mendapat ulasan yang sangat baik, malah ramai memberikan pujian kepada Milan dan Sasha.

Namun situasi berkenaan menimbulkan kemarahan Pique yang terkejut melihat kemunculan anak-anaknya dalam klip video Shakira.

Pique yang tidak dimaklumkan mengenai penyertaan anak-anaknya dalam klip video itu didakwa sudah merujuk peguamnya untuk mengambil tindakan.

"Dia terkejut. Dia telah bercakap dengan peguamnya untuk melihat apa yang boleh dilakukan mengenainya," kata seorang wartawan media tempatan.

Pasangan itu yang menjalin hubungan selama 11 tahun, mengumumkan perpisahan secara rasmi pada Jun tahun lalu selepas Pique kantoi bermain kayu tiga.

Difahamkan mereka menetapkan perjanjian bersabit hal penjagaan anak-anak selepas berpisah. - Marca

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain