suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Protes ikat diri pada tiang gol, aktivis iklim dijatuhi hukuman penjara 6 minggu

protes

SEORANG aktivis perubahan iklim yang melakukan protes ketika perlawanan antara Everton dan Newcastle di Goodison Park pada Mac lalu, dijatuhkan hukuman penjara enam minggu.

Mahkamah Majistret Sefton Selatan menjatuhkan hukuman itu kepada Louis McKechnie selepas dia didapati bersalah kerana melakukan tindakan yang melulu dan berbahaya.

McKechnie ketika itu melakukan protes dengan mengikat dirinya pada tiang gol menggunakan 'zip-tie'.

Petugas di padang terpaksa memotong 'zip-tie' yang diikat pada leher pemuda berkenaan.

McKechnie juga telah diberikan perintah larangan bola sepak selama tiga tahun.

Pemuda itu telah pun menjalani tempoh hukuman yang ditetapkan setelah berada dalam tahanan sejak Julai.

Dia juga dikenakan denda dan diarah membayar £500 (RM2,587) untuk kos pendakwaan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain