suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iker Casillas tepis khabar angin jalin hubungan istimewa dengan Shakira

Iker Casillas nafi berpacaran dengan Shakira selepas penyanyi berpisah dengan Gerard Pique

BEKAS bintang Real Madrid dan pemain antarabangsa Sepanyol, Iker Casillas menafikan khabar angin bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan Shakira selepas penyanyi itu berpisah dengan pemain pertahanan Barcelona, ​​Gerard Pique.

Pique dan Shakira mengumumkan perpisahan mereka pada Jun lalu, selepas menjalin hubungan yang menjangkau usia 12 tahun dan menyaksikan pasangan itu mempunyai dua anak, Milan dan Sasha.

Walaupun hubungan mereka serius, pasangan itu tidak berkahwin.

Shakira kini dikhabarkan telah berhubung dengan rakan sepasukan lama Pique di Sepanyol, Casillas.

Casillas, bekas penjaga gol berusia 41 tahun, bercerai dengan wartawan sukan Sara Carbenero tahun lalu selepas lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua anak.

Ketika khabar angin terus kecoh kononnya dia dan penyanyi lagu Hips Don't Lie itu bersama, Casillas dengan berang menafikan bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Casillas menggunakan Instagram untuk menepis khabar angin itu dengan berkongsi tangkap layar artikel berbeza mengenainya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain