suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus pasukan James Rowe didakwa lakukan serangan seksual

James Rowe didakwa lakukan serangan seksual. foto PA

BEKAS pengurus pasukan Chesterfield, James Rowe didakwa melakukan serangan seksual.

Bekas jurulatih akademi West Ham berusia 39 tahun itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di Chesterfield, England pada November tahun lalu.

Ketika kejadian seperti yang didakwa, dia memimpin Chesterfield FC tetapi meninggalkan kelab Liga Kebangsaan itu, Februari lalu.

Rowe yang kini merupakan pengurus AFC Fylde dalam Liga Kebangsaan Utara, akan hadir di mahkamah majistret di Chesterfield pada 7 November.

Perkara itu diumumkan oleh Polis Derbyshire dalam satu kenyataan, pada Rabu.

"Seorang lelaki telah didakwa melakukan serangan seksual. Pegawai menerima laporan pada Januari 2022 mengenai satu kesalahan di Chesterfield yang didakwa berlaku pada November 2021.

"James Rowe dari Breaston, Derby, akan hadir di majistret di Chesterfield pada November," menurut kenyataan itu. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain