suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo berdepan pendakwaan FA England

Ronaldo berdepan pendakwaan daripada Persatuan Bola Sepak England (FA) berhubung tindakannya berkelakuan ganas terhadap seorang remaja.

CRISTIANO Ronaldo kini berdepan pendakwaan daripada Persatuan Bola Sepak England (FA) berhubung tindakannya berkelakuan ganas sejurus tamat aksi menentang Everton musim lalu.

Bintang Manchester United itu didakwa melanggar Peraturan FA E3 selepas terdapat rakaman menunjukkan dirinya bertindak ganas membaling telefon bimbit seorang remaja ke lantai ketika berjalan memasuki bilik persalinan.

"Kami sedia maklum tentang pengumuman FA berkaitan Cristiano Ronaldo. Kami akan terus memberikan sokongan kepada pemain kami," menurut kenyataan United.

Dalam pada itu, pihak berkuasa mengesahkan yang Ronaldo memberikan kerjasama baik dan sudah pun memberikan keterangan berkaitan insiden berkenaan.

Sebelum ini, Ronaldo sudah pun tampil dengan permohonan maaf dan turut menawarkan remaja berkenaan, Jacob Harding peluang menyaksikan perlawanan di Old Trafford. - Thesundaily

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain