suria

Manchester City tiada alasan gagal Liga Juara-Juara selepas dapatkan Haaland

Manchester City menandatangani Haaland pada musim panas. foto Reuters

PATRICE Evra berkata, Manchester City tidak mempunyai alasan lagi untuk gagal dalam Liga Juara-Juara selepas menandatangani pemain Erling Haaland.

Evra mengetahui tentang memenangi trofi kelab elit Eropah, apabila menjadi sebahagian daripada pasukan Manchester United yang menang pada 2007-08.

The Citizens tewas dalam separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu kepada Real Madrid, setelah tewas pada perlawanan akhir kempen sebelumnya kepada Chelsea.

Manchester City menandatangani penyerang Norway, Haaland dari Borussia Dortmund pada musim panas selepas memenuhi klausa pembelian £50 juta (RM248 juta).

Evra yang merupakan bekas pemain pertahanan Manchester United berkata, pasukan Pep Guardiola tidak mempunyai alasan lagi untuk gagal di pentas Eropah selepas memperoleh pemain berusia 22 tahun itu.

"Dia [Haaland] adalah monster. Dia menggunakan fizikalnya, dia seorang killer di depan gawang, dia melakukan pergerakan yang betul.

"Dia tajam untuk seseorang yang tinggi dan kuat. Dia seperti kucing," kata Evra, menurut Manchester Evening News.

"Manchester City memenangi liga tanpa penyerang, tetapi dalam Liga Juara-Juara mereka struggle, kini saya rasa mereka tiada alasan lagi (untuk menang)," tambah Evra.- Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Ronaldo berdepan pendakwaan FA England

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain