suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo didakwa atas insiden hempas telefon penyokong

Ronaldo menghempas telefon bimbit penyokongnya dalam kejadian April lalu.

PERSATUAN Bola Sepak (FA) mendakwa Cristiano Ronaldo atas kelakuannya yang tidak wajar selepas dia menghempaskan telefon bimbit dari tangan seorang penyokong.

Insiden berlaku selepas kekalahan Manchester United di Everton pada April lalu.

Manchester United dalam satu kenyataan berkata: "Kita ambil maklum pengumuman FA berhubung Cristiano Ronaldo. Kita akan menyokong pemain itu dalam responsnya terhadap pertuduhan itu."

Pendakwaan FA berikutan siasatan oleh Polis Merseyside yang menyebabkan Ronaldo diberi amaran bulan lalu selepas dia disiasat atas dakwaan serangan dan jenayah kerosakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kecewa anak autistik 'diserang' Cristiano Ronaldo

Ketika kejadian, Jake Harding, 14, cuba merakam Ronaldo menggunakan telefonnya di luar padang di Goodison Park berikutan kekalahan United 1-0.

Bintang kelahiran Portugal itu dengan marah menampar telefon daripada genggaman lelaki itu, menyebabkan kecederaan pada tangan.

Ronaldo kemudian memohon maaf di media sosial dan menjemput remaja itu menyaksikan perlawanan di Old Trafford sebagai tetamunya.

Bagaimanapun, remaja itu menolak pelawaan Ronaldo dan ibunya turut mengecam tindak balas Manchester United berhubung insiden tersebut. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain