suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kontrak Ronaldo di Man United boleh ditamatkan kecuali dengan satu ‘syarat’

Nasib Ronaldo di Manchester United menjadi tanda tanya. foto AFP

KONTRAK Cristiano Ronaldo di Manchester United boleh ditamatkan sekiranya pemain itu tidak mengubah sikap buruknya.

Pemain berusia 37 tahun itu memberitahu Red Devils bahawa dia terdesak untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini selepas mereka tercicir dari Liga Europa musim lalu.

Ia merupakan kempen yang mengecewakan di mana mereka menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris dengan pungutan mata terendah dalam sejarah kelab itu.

Tindakan Ronaldo sepanjang musim panas dipersoalkan apabila dia enggan menghadiri latihan.

Malah, ia menyebabkan pemain Portugal itu ditinggalkan di tempat sendiri ketika Manchster United melakukan jelajah pramusim mereka di Thailand dan Australia.

Menurut Sky Sports, Manchester United sedang mempertimbangkan sama ada untuk menamatkan kontrak Ronaldo pada musim panas ini.

Pengurus, Erik Ten Hag mahu melihat peningkatan ketara dalam sikap Ronaldo atau pemenang Ballon d'Or lima kali itu mungkin dikeluarkan dari kelab itu buat selama-lamanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain