suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perut meragam, atlet snuker terkentut ketika perlawanan

O'Sullivan membongkokkan badannya untuk membuat pukulan sebelum dia terkentut secara tidak sengaja.

ATLET snuker Ronnie O'Sullivan membuat pengadil ketawa selepas dia terkentut ketika sedang mengikuti satu perlawanan, baru-baru ini.

O'Sullivan, 46 dilihat membongkokkan badannya untuk membuat pukulan sebelum bunyi kentut kedengaran.

Ia sekaligus memecahkan keheningan ketika perlawanan itu apabila kedengaran suara pengadil yang ketawa kecil.

Seorang pegawai yang berdiri betul-betul di belakangnya juga kelihatan tidak dapat menahan diri selepas mendengar bunyi melucukan itu.

O'Sullivan bagaimanapun kembali tenang dan meneruskan usahanya sebelum dia meraih kemenangan dalam perlawanan itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain