suria

Ten Hag mahu Marcus Rashford kekal selepas dikhabarkan bakal sertai PSG

Rashford memilih untuk kekal bersama Man Utd.

ERIK TEN HAG tidak berhasrat membiarkan Marcus Rashford meninggalkan Manchester United walaupun prestasinya buruk sepanjang tahun lepas.

Malah beliau sebaliknya masih menaruh kepercayaan kepada pemain hadapan itu yang telah berjaya 'menambat hati' PSG.

Menurut Ten Hag, sejak hari pertama mengetuai pasukan, dia sudah memasang strategi yang melibatkan Rashford selain tidak mahu kehilangannya.

"Dia sangat penting. Dari hari pertama saya di sini, saya sangat gembira dan tidak mahu kehilangannya... dia juga pastinya berada dalam setiap rancangan kami di Manchester United.

"Saya menganalisis permainan, apa yang berjalan dengan baik dan apa yang perlu diperbaiki. Kami akan berlatih, pada masa sama menunjukkan apa yang perlu ditambah baik atau penyelesaian kepada pemain," ujarnya.

Tambah beliau, dia telah bekerja sepanjang minggu untuk membetulkan kesilapan yang menyaksikan Rashford terlepas dua peluang baik ketika mereka tewas 2-1 menentang Brighton.

Terdahulu, Rashford masih mempunyai baki setahun dalam kontrak semasanya dengan pilihan di pihak kelab untuk melanjutkannya selama 12 bulan lagi.

Pasukan bagaimanapun berpuas hati selepas pemain itu gembira untuk kekal bersama Red Devils. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain