suria

Man Utd dimalukan ketika cuba membida Arnatovic

Arnautovic ingin dibeli Manchester United.

MANCHESTER United sekali lagi dimalukan apabila Bologna menentukan harga perpindahan Marko Arnatovic yang berusia 33 tahun.

Ia susulan The Red Devils mengejar penyerang Austria itu pada hujung minggu, menerusi bidaan pembukaan sebanyak £6.8 juta (RM36,584,246.16).

Namun ia ditolak pasukan Kumpulan A itu.

United dijangka akan kembali dengan tawaran yang lebih tinggi, tetapi The Athletic kini melaporkan bahawa mereka telah menarik diri daripada sebarang perjanjian yang berpotensi dan akan mengalihkan perhatian kepada penyerang lain.

Bologna dikatakan telah menetapkan harga Arnautovic seperti yang diharapkan United ketika mereka mengenal pastinya sebagai pilihan murah untuk menguatkan serangan.

Aduan daripada penyokong juga dikatakan menyumbang kepada keputusan United untuk meninggalkan perjanjian itu, dengan tentangan peminat berpunca daripada beberapa tindakan terdahulu Arnautovic.

Ia berikutan dia dituduh menggunakan sindiran anti-Albania semasa pertembungan Austria dengan Macedonia Utara pada Euro musim panas lalu sehingga digantung satu perlawanan oleh UEFA.

Terdahulu, Arnautovic bukanlah seorang pemain di bawah kejurulatihan di Old Trafford namun pernah bermain di bawah Erik ten Hag dan Steve McLaren semasa beliau di Twente. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain