suria

Pemain ragbi mengamuk, kecewa lihat tunang lakukan seks oral dengan rakan sepasukan

Lichaa mengamuk selepas melihat tunangnya curang.

BINTANG ragbi NRL Michael Lichaa gagal mengawal emosi selepas kecurangan tunangnya dengan seorang lelaki terbongkar.

Lelaki yang didakwa melakukan seks oral dengan tunangnya bukanlah individu tidak dikenali, sebaliknya Adam Elliott yang juga rakan sepasukannya.

Bekas pemain antarabangsa Lubnan itu mendakwa dia bangun awal pagi pada hari kejadian selepas seharian meminum minuman keras.

Tambahnya, dia pada pagi itu melihat tunangnya sedang melakukan perbuatan terkutuk dengan lelaki tersebut.

Berang dengan kecurangan itu, Lichaa bertindak menumbuk tingkap kaca, menyebabkan dia nyaris maut selepas kehilangan banyak darah.

"Saya tidak dapat melupakan detik tunang saya melakukan seks oral dengan kawan baik saya," kata Lichaa ketika pendengaran kes itu di mahkamah pada Jumaat lalu.

Untuk rekod, Lichaa telah bertunang dengan Kara Childerhouse pada Februari 2021.

Lichaa berada di mahkamah selepas didakwa atas kesalahan keganasan rumah tangga.

Apabila ditanya mengenai dakwaan bahawa Lichaa telah menyerang Childerhouse, bekas rakan sepasukan Elliott berkata dia 'tidak bersetuju'.

Tuduhan ke atas Lichaa turut digugurkan apabila bekas tunang Childerhouse enggan memberi keterangan terhadapnya.

Tertuduh, yang sejak itu telah menemui cinta dengan orang lain memberitahu NCA NewsWire berikutan keputusan itu: "Gembira kebenaran akhirnya terserlah; Saya sangat yakin dengan kebenaran sepanjang masa.

"Tetapi saya hanya mahu meletakkan semuanya di belakang saya sekarang dan teruskan hidup saya dan hari-hari bahagia saya di hadapan," ujarnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain