suria

Kaya bukan alasan nak berlagak hebat, Ronaldo sanggup balik lambat untuk sesi latihan tambahan

Ronaldo dipuji kerana sanggup balik lambat untuk sesi latihan bersama pasukannya.

PASUKAN Manchester United mengalu-alukan Cristiano Ronaldo yang kembali menjalani sesi latihan sejak minggu lalu.

Menurut sumber, Ronaldo kini sedang fokus terhadap pasukan itu, malah dia sanggup balik lambat demi menyempurnakan sesi latihan tambahan.

"Orang dalam mengatakan dia telah menunjukkan sikap yang sangat baik ketika latihan.

"Dia sanggup balik lewat untuk latihan penyudah tambahan dengan Bruno Fernandes, Christian Eriksen, Lisandro Martinez dan Alejandro Garnacho," lapor The Mail.

Ronaldo dikatakan sedang berusaha untuk menunjukkan kepada bos Manchester United, Ten Hag bahawa dia cergas sepenuhnya untuk mencuba dan membuat gol pembukaan menentang Brighton.

Perlawanan terakhirnya menentang Seagulls adalah perlawanan yang sangat tidak menggembirakan, tetapi dalam pertemuan di Old Trafford dia menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 dan dijangka memberi impak yang sama dalam perlawanan pada Ahad. - United In Focus.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain