suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain dijangkiti Covid-19: Pasukan kriket Australia dibidas kerana menang emas Komanwel

Salah seorang pemain kriket Australia dijangkiti Covid-19.

PASUKAN kriket Australia berdepan tindak balas selepas mereka memenangi emas di Sukan Komanwel dengan seorang pemain yang didapati positif Covid-19 hanya beberapa jam sebelum perlawanan bermula.

Tahlia McGrath merekodkan keputusan positif selepas mengalami 'gejala ringan', tetapi masih dibenarkan bermain dalam perlawanan pingat emas menentang India di Edgbaston, Birmingham, Ahad.

Bagaimanapun, McGrath mengasingkan diri daripada rakan sepasukannya dengan memakai topeng muka ketika menunggu, namun dia menanggalkannya sebelum memasuki padang dan berjaya menjaringkan dua daripada empat bola.

Pemain berusia 26 tahun itu kemudian melakukan bowling dan mengambil tangkapan apabila dia mengangkat tangannya untuk memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak meraikannya bersamanya.

Terdahulu, Australia meraih kemenangan tipis sembilan larian ke atas India untuk menjadi juara Sukan Komanwel.

Keputusan untuk menurunkan pemain kriket yang dijangkiti Covid -19 telah mencetuskan kontroversi bukan sahaja kerana ia melibatkan risiko kesihatan, tetapi juga kerana Australia telah menjadi salah satu negara yang paling ketat dari segi peraturan wabak tersebut. - Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain