suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh gambar bogel di Instagram, bintang Serie A perjelas apa sebenarnya berlaku

Frattesi tampil memberi penjelasan berhubung isu gambar bogel. sumber Daily Star

BINTANG Serie A, Davide Frattesi mendakwa telefonnya telah 'digodam' selepas foto selfie dirinya berbogel disiarkan di akaun Instagramnya.

Frattesi, 22, merupakan salah satu aset bola sepak Itali yang terhangat selepas musim kejayaan bersama Sassuolo pada penggal lalu.

Pemain tengah berketinggian 6 kaki itu menjadi subjek perpindahan ke Roma kendalian Jose Mourinho sewaktu jendela perpindahan musim panas.

Davide Frattesi 1

Foto yang dimuat naik di story Instagram Frattersi. foto instagram/davidefrattesi_22

Bagaimanapun, namanya menjadi tajuk utama pada Isnin apabila imej dirinya berbogel dipaparkan di 'story' Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak ditelanjang ketika rakaman temubual, apa sebenarnya berlaku?

Pemain muda itu segera memadamkan imej berkenaan dan cuba membetulkan keadaan dengan mendakwa telefonya telah digodam.

"Saya minta maaf, tetapi seseorang menggodam telefon saya entah bagaimana dan foto ini disiarkan... maaf!" demikian kata Frattesi menjelaskan perkara itu kepada pengikutnya.

Menurut football-italia.net, penjelasan bintang itu juga telah segera diturunkan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain