suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain bola sepak ditelanjang ketika rakaman temubual, apa sebenarnya berlaku?

Seluar Macauley Wilson ditarik oleh rakan sepasukan ketika rakaman temubual. twitter Macauley_Wilson

SEORANG pemain bola sepak menjadi mangsa gurauan nakal apabila seluarnya ditarik oleh rakan sepasukan ketika rakaman temubual.

Ketika kejadian, Kapten Bamber Bridge, Macauley Wilson bercakap kepada wartawan selepas pasukannya tewas 4-2 kepada South Shields dalam Liga Perdana Utara pada Sabtu apabila rakan sepasukan, Paul Dawson muncul di belakangnya.

Seluar Wilson secara tiba-tiba ditarik ke bawah sebelum Dawson yang melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Londehkan seluar atas padang untuk raikan gol, pemain bola mohon maaf pada isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Padah penyokong buat sepanduk papar foto bogel pemain Liverpool

Kedengaran semua orang di dalam bas pasukan yang berada di belakang Wilson mentertawakannya.

Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Wilson yang bersikap tenang dengan tersenyum sebelum beredar.

Klip rakaman itu menjadi tular di media sosial dan ditonton lebih setengah juta kali. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain