suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Burung berak atas tangan pemain tenis ketika temubual TV

Drapper tenang biarpun tangannya basah dengan cecair aneh.

MALANG menimpa pemain tenis Britain, Jack Draper apabila tangannya dicemari dengan najis burung pada Jumaat lalu.

Kejadian itu berlaku sebelum dia melangkah ke gelanggang untuk perlawanan separuh akhir di Eastbourne.

Lebih memalukan, dia pada waktu itu sedang ditemubual oleh seorang wartawan untuk siaran televisyen.

Drapper yang sedang fokus menjawab soalan kelihatan tenang sahaja biarpun tangannya basah dengan cecair aneh.

Dia juga kelihatan mendongak ke langit untuk melihat burung yang telah berak ke atas badannya.

Kejadian itu dikongsi menerusi akaun Twitter Amazon Prime. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain