suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi pernah pujuk Sadio Mane, ada sebab kenapa tak pilih PSG

Mane berhijrah dari Liverpool ke Bayern Munich awal bulan ini dengan yuran berjumlah £35 juta (RM188.8 juta).

LIONEL Messi sudah pasti merupakan salah seorang pemain terbaik dalam arena bola sepak antarabangsa, tetapi dia 'gagal' dalam memujuk Sadio Mane untuk meninggalkan Liverpool pada musim panas lalu.

Penasihat Mane, Bacary Cisse mendakwa Messi berminat untuk bergabung dengan Mane pada 2021 ketika dia masih di Barcelona.

Baru-baru ini, Cisse mendedahkan pula bahawa Paris Saint-Germain (PSG), kelab yang kini disertai Messi, turut mendekati Mane.

Cisse memberitahu RMC Sport: "Ya, PSG memang 'menyasarkan' Sadio (Mane)," katanya.

Bagaimanapun pemain antarabangsa Senegal itu melengkapkan perpindahan dari Liverpool ke Bayern Munich dengan yuran berjumlah £35 juta (RM188.8 juta) awal bulan ini.

Mane sebelum ini mendedahkan bahawa dia mahu meninggalkan The Reds.

Tetapi Cisse mengatakan bahawa ketidakpastian mengenai masa depan bekas pengarah sukan PSG iaitu Leonardo, yang dipecat pada Mei, menggagalkan perjanjian yang berpotensi untuk Mane. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sadio Mane, Lionel Messi, PSG, Barcelona

Artikel Lain