suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo intai kelab lain, bakal tinggalkan United pada musim panas?

Ronaldo dikatakan sedang mengintai kelab lain pada musim panas ini. Foto: AP

CRISTIANO Ronaldo sedang mengintai kelab lain pada musim panas ini, menurut laporan dari La Repubblica di Itali.

Bintang Manchester United itu tidak merasakan dia adalah sebahagian daripada rancangan Erik ten Hag pada masa hadapan, kata laporan itu.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes, kini difahamkan sedang mencari tawaran berpotensi di seluruh Eropah, dengan dua kelab telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat Ronaldo.

Roma adalah salah satu kelab yang dilaporkan telah membuka rundingan untuk Ronaldo, dengan pasukan Serie A itu berharap dapat menggunakan pengaruh pengurus Jose Mourinho dalam perjanjian itu.

Sementara itu, Sporting CP juga berharap dapat 'bersatu' semula dengan Ronaldo.

Pemain antarabangsa Portugal itu menamatkan kempen 2021/22 sebagai penjaring terbanyak Red Devils musim lalu, dengan 24 gol dalam 37 penampilan. - ESPN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain