suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Betul ke Gerard Pique derita selepas berpisah dengan Shakira?

Gerard Pique merupakan pemain bola sepak Barcelona

SELEPAS mengumumkan perpisahan antara Gerard Pique dan penyanyi popular, Shakira, presiden Barcelona Joan Laporta menggambarkan pertahanan Sepanyol itu sedang menderita.

Menurutnya lagi, dakwaan itu dikatakan terjadi selepas berpisah dengan Shakira setelah 11 tahun bersama, namun tetap memberikan sokongan penuh kepada pemain pertahanan itu.

Laporan di Sepanyol meletakkan kesalahan kepada Pique berikutan perpisahan dengan dakwaan bahawa dia telah menjauhkan diri daripada bintang pop, Shakira.

Namun tiada sebarang kesahihan oleh Pique mahupun Shakira berkenaan dengan laporan baharu bahawa mereka kini berada dalam 'hubungan terbuka'.

Berikutan pertandingan yang bakal bermula tidak lama lagi untuk pasukan Barca, Laporta telah memberi gambaran mengenai pemikiran pemain pertahanan ini dalam masa sama memberikan sokongan penuh kepada pemain Sepanyol itu. -Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain