suria

80 peratus hotel telah ditempah, penyokong Piala Dunia 2022 disaran tidur dalam khemah

90 peratus hotel telah ditempah sempena Piala Dunia 2022. Foto: Getty.

PENYOKONG yang akan ke Qatar untuk Piala Dunia 2022 mungkin terpaksa tidur dalam khemah di padang pasir kerana hampir semua hotel telah ditempah.

Kejohanan akhir yang dijadual berlangsung antara 21 November dan 18 Disember dijangka menghimpunkan peminat dari 32 negara, yang mana ia akan diadakan di lima bandar tuan rumah termasuk ibu kota Doha serta Lusail, Al Khor, Al Rayyan dan Al Wakrah.

Walaupun majoriti peminat akan ditawarkan ruang hotel untuk tempoh penginapan mereka, penyelesaian kreatif diperlukan sebagai tambahan kepada 100,000 bilik, seperti yang diperincikan oleh bos penginapan perancangan organisasi Qatar, Omar Al Jaber.

Di samping itu, 1,000 khemah akan ditawarkan untuk semasa acara empat minggu itu, yang mana lokasi mereka dinamakan sebagai 'kampung peminat' di pinggir Doha.

Khemah-khemah diiklankan dengan bayaran £161 (RM873) setiap malam dan mempunyai bekalan air serta penjana kuasa.

Namun khemah-khemah itu tidak akan dilengkapi dengan pendingin hawa.

Dalam pada itu, pemilik rumah tempatan digalakkan agar menyewakan hartanah mereka untuk membantu pengunjung yang datang sempena acara itu, lapor Bloomberg.

Al Jaber juga berkata bahawa lebih banyak pilihan dari segi penginapan akan tersedia apabila proses tiket berjalan, dengan bangunan baharu akan disiapkan.

Pelancongan Qatar berkata bahawa daripada 30,000 bilik hotel yang tersedia pada masa ini, sehingga 80 peratus telah dikhaskan untuk pemain, pengadil, tetamu rasmi dan ahli media. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain