suria

Piala AFF Suzuki: Vietnam tundukkan Harimau Malaya 3-0

Aksi Harimau Malaya menentang Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Bishan pada Ahad. Foto: FAM

HARIMAU Malaya mengalami kekalahan pertama dalam aksi Piala AFF Suzuki apabila tewas 0-3 kepada Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Bishan pada Ahad (12 Disember).

Vietnam mendapat gol pertama pada minit ke-32 menerusi rembatan Nguyen Quang Hai yang menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Ini diikuti gol kedua yang dijaringkan Nguyen Cong Phuong pada minit ke-36.

ARTIKEL BERKAITAN: Piala Suzuki AFF: Harimau Malaya tewaskan Laos 4-0

Pada separuh masa kedua, Tan Cheng Hoe membawa masuk penyerang Guilherme De Paula, Shahrel Fikri Md Fauzi dan R. Kogileswaran, namun percaturan tersebut gagal melepasi benteng pertahanan Vietnam.

Nguyen Hoang Duc menjaringkan gol ketiga untuk Vietnam pada minit ke-89 sekaligus menghadiahkan kemenangan kepada pasukannya.

Untuk layak ke separuh akhir, Malaysia perlu menewaskan Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Stadium Bishan pada 19 Disember. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain