suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerrard korban populariti di Anfield, harap Villa menang lawan Liverpool

Gerrard ambil alih tugas sebagai pengurus Villa awal bulan lalu

PENGURUS Aston Villa, Steven Gerrard berkata dia gembira untuk mengorbankan popularitinya di Anfield untuk melihat keputusan positif ditempa pasukannya apabila mereka menentang Liverpool dalam Liga Perdana pada hari Sabtu.

Bekas Pemain Liverpool itu kembali ke Anfield buat kali pertama sebagai jurulatih dengan pasukan Villanya mencari kemenangan keempat mereka dalam lima perlawanan liga.

Gerrard, yang mengambil alih tugas di Villa awal bulan lalu, memenangi banyak trofi dalam tempoh 17 tahun di Liverpool tetapi berkata, dia tidak meletakkan sebarang kepentingan khusus untuk kembali ke tempat di mana dia mencipta namanya.

"Bagi saya, apa yang penting adalah untuk menyediakan pasukan terbaik, untuk cuba dan dapatkan keputusan positif untuk Aston Villa.

"Bagi orang lain, ia adalah satu peristiwa besar. Bagi saya, ia adalah tiga mata, ia adalah perlawanan besar bola sepak dan ia adalah 90 minit yang kami perlu fokus.

"Jika saya dalam bas, turun semula ke M6 ke arah Birmingham dan saya bukan yang paling popular di Anfield, itu tak mengapa."

Pemain berusia 41 tahun itu telah memberikan kesan yang agak memberangsangkan sejak tiba di Villa Park,

Pasukan itu kini berada di tangga ke-10 dalam liga dengan 19 mata daripada 15 perlawanan. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain